MENGAPA SINGAPURA
BERPISAH DARIPADA MALAYSIA
Ini Jawapan Mengapa Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia!!
Pengenalan
Keputusan
pemisahan Singapura dari Malaysia diambil
secara perseorangan oleh Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada
tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan
rawatan di sebuah klinik di London.
Isi kandungan
Tunku yang sedang kesakitan ketika
itu, memberi arahan kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk
bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan Malaysia. Abdullah
Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang
ketika itu menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha
politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku itu kepada Dollah
Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya
memujuk Tunku menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada
menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu dibuat selepas
berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara
peribadi daripada Tunku yang ketika itu sedang berehat di 'London
Clinic' di LondonKeputusan
menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara
tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah perdana menteri
Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP
menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu
melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu
itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat
draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya
usaha beliau itu ditolak. Lee menjangkakan para menteri kabinet
Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya.
dan
parti PAP pimpinannya
enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan
Tunku Abdul Rahman.
Tunku
telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak
Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura
mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi
mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk
kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada
kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat
dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila
Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran
mengenai tindakannya.
Mr.
Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas
menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya
menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur
tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku
dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee
tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana
memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah
kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah
pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya,
barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee
tidak mahu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada
pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup
menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana
Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam
usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku
dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan
itu.
Tunku
sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan
jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh
mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana
tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang
diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa
di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus
Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang
fellow kanan tetap pada tahun 1980-an.
Kerana
itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di
rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan
kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang
itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses
konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai
keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan
Malaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr.
Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya
juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat
tempohnya.
Lee
Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya
berjumlah 39 % sementara bukan
Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana
Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee
Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk
jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah
juga pendatang sebagaimana Cina dan India.
Contoh yang diberikan ialah Syed
Jaafar Albar, ahli politik Johor yang
mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee
Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian
Malay".
Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan
Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari
'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya,
Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian
Malay"
dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung
Malaysia, Sabah danSarawak,
kecuali MCA.
Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau
Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak.
Sebelum
1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan
bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew
Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah
teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan
Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP
bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi
menentang MCA.
UMNO
mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang
Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada
autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian.
Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang
Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam
projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan.
Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai
1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman
Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi
membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala
itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya
Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina
di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130
ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8
terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian
ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam
Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
Kesimpulan
Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia..
NAMA AHLI KUMPULAN
1. Muhammad Naim Bin Jamil
2. Mohammad Fikri Bin Sahrudin
3. Muhammad Lutfi Bin Abdul Razak
4. Muhammad Kamal Bin Abdul Kader
5 Abdul Qayyum Bin Abdul Manaf






Tiada ulasan:
Catat Ulasan